Wednesday, 10 December 2014
Tuesday, 9 December 2014
Alatan Tangan
BEBERAPA JENIS ALATAN TANGAN YANG TERDAPAT DI BENGKEL
1. Gerudi Lantai
- Digunakan untuk membuat lubang pada kayu atau logam.
- Saiznya ditentukan oleh diameter mata gerudi yang dipasang pada rahangnya.
- Benda yang hendak digerudi mestilah diapit pada ragum gerudi sebelum digerudi
2. Mesin Gerudi Mudah Alih
- Digunakan untuk membuat lubang pada kayu atau logam lembut.
- Boleh dilakukan secara menegak atau mendatar.
- Saiz ditentukan oleh diameter mata gerudi.Mata gerudi diperbuat daripada keluli tahan lasak atau keluli berkarbon.
- Menguji kepersegian kayu.
- Membuat garisan bersudut tepat.
- Menguji kerataan permukaan kayu.
- Menentukan ketepatan sudut 90 darjah
- menyukat dan menanda jarak dengan pisau atau pensel.
- menguji jarak di antara tanda-tanda dan menyelaraskan jarak tolok.
5. Playar Muncung Tirus
· Membengkok dan memotong dawai halus.· Memotong kaki komponen.· Memegang atau mencapai komponen elektronik
di ruang yang sempit.
6. Gergaji Lengkung Halus
- Menggergaji kayu nipis.
- Menggergaji bahagian lengkung pada bahan nipis.
- Matanya dipasang menghala ke hulu
Monday, 8 December 2014
PROSES PENYAMBUNGAN
Proses-proses penyambungan yang terdapat dalam proses pembuatan iaitu proses penyambungan dengan haba melibatkan pateri dan kimpalan, penyambungan mekanikal dan penyambungan dengan perekat.
Proses penyambungan kekal dikategorikan iaitu :-
- Pematerian
- Meloyang
- Kimpalan (Kimpalan gas & Kimpalan arka)
Pematerian
- Proses pematerian merupakan satu kaedah penyambungan yang boleh dilakukan dengan cepat dan mudah pada komponen-komponen yang diperbuat daripada keluli, tembaga dan loyang.
- Melibatkan kaedah percantuman dalam kerja-kerja pendawaian
ALAT PEMATERI
PELETAK ALAT PEMATERI
Meloyang
- Kaedah untuk mencantumkan logam dengan menggunakan haba.
- Haba diperlukan untuk meleburkan logam penambah.
- Logam penambah lebur pada takat 600 degree celsius.
- Meloyang bertujuan untuk membuat penyambungan yang lebih kuat berbanding proses memateri.
- Ia juga sesuai untuk logam penyambungan logam yang berlainan jenis seperti besi tuang dengan loyang dan juga tungsten karbida dengan keluli.
ROD PENAMBAH
Kimpalan Arka
- Satu proses menyambung kekal dua atau lebih logam.
- Proses penyambungan dijalankan dengan mengalirkan arus elektrik daripada elektrod ke logam asas.
- Tenaga elektrik ini ditukarkan kepada tenaga haba yang tinggi.
- Haba yang tinggi ini akan meleburkan hujung elektrod dan bahagian logam asas yang hendak disambung.
- Kedua-dua logam ini menjadi sebati lalu menghasilkan sambungan yang kuat.
Alatan kimpalan arka:-
- Mesin kimpal
- Elektrod
- Alatan keselamatan
- Alatan kebersihan
- Kabel kimpalan arka
MESIN KIMPALAN ARKA
PENYAMBUNGAN MESIN KIMPALAN PADA PLUG
ELEKTROD
Subscribe to:
Posts (Atom)