Proses-proses penyambungan yang terdapat dalam proses pembuatan iaitu proses penyambungan dengan haba melibatkan pateri dan kimpalan, penyambungan mekanikal dan penyambungan dengan perekat.
Proses penyambungan kekal dikategorikan iaitu :-
- Pematerian
- Meloyang
- Kimpalan (Kimpalan gas & Kimpalan arka)
Pematerian
- Proses pematerian merupakan satu kaedah penyambungan yang boleh dilakukan dengan cepat dan mudah pada komponen-komponen yang diperbuat daripada keluli, tembaga dan loyang.
- Melibatkan kaedah percantuman dalam kerja-kerja pendawaian
ALAT PEMATERI
PELETAK ALAT PEMATERI
Meloyang
- Kaedah untuk mencantumkan logam dengan menggunakan haba.
- Haba diperlukan untuk meleburkan logam penambah.
- Logam penambah lebur pada takat 600 degree celsius.
- Meloyang bertujuan untuk membuat penyambungan yang lebih kuat berbanding proses memateri.
- Ia juga sesuai untuk logam penyambungan logam yang berlainan jenis seperti besi tuang dengan loyang dan juga tungsten karbida dengan keluli.
ROD PENAMBAH
Kimpalan Arka
- Satu proses menyambung kekal dua atau lebih logam.
- Proses penyambungan dijalankan dengan mengalirkan arus elektrik daripada elektrod ke logam asas.
- Tenaga elektrik ini ditukarkan kepada tenaga haba yang tinggi.
- Haba yang tinggi ini akan meleburkan hujung elektrod dan bahagian logam asas yang hendak disambung.
- Kedua-dua logam ini menjadi sebati lalu menghasilkan sambungan yang kuat.
Alatan kimpalan arka:-
- Mesin kimpal
- Elektrod
- Alatan keselamatan
- Alatan kebersihan
- Kabel kimpalan arka
MESIN KIMPALAN ARKA
PENYAMBUNGAN MESIN KIMPALAN PADA PLUG
ELEKTROD
No comments:
Post a Comment