Tuesday, 9 December 2014

Alatan Tangan

BEBERAPA JENIS ALATAN TANGAN YANG TERDAPAT DI BENGKEL

 

1. Gerudi Lantai

 

  • Digunakan untuk membuat lubang pada kayu atau logam.
  • Saiznya ditentukan oleh diameter mata gerudi yang dipasang pada rahangnya.
  • Benda yang hendak digerudi mestilah diapit pada ragum gerudi sebelum digerudi


2. Mesin Gerudi Mudah Alih
  • Digunakan untuk membuat lubang pada kayu atau logam lembut.
  • Boleh dilakukan secara menegak atau mendatar.
  • Saiz ditentukan oleh diameter mata gerudi.Mata gerudi diperbuat daripada keluli tahan lasak atau keluli berkarbon.


 



3. Sesiku L

  • Menguji kepersegian kayu.
  • Membuat garisan bersudut tepat.
  • Menguji kerataan permukaan kayu.
  • Menentukan ketepatan sudut 90 darjah
4. Pita Pengukur

  •  menyukat dan menanda jarak dengan pisau atau pensel. 
  • menguji jarak di antara tanda-tanda dan menyelaraskan jarak tolok.


    5. Playar Muncung Tirus


    ·         Membengkok dan memotong dawai halus.
    ·         Memotong kaki komponen.
    ·         Memegang atau mencapai komponen elektronik
    di ruang yang sempit.



     6. Gergaji Lengkung Halus

  • Menggergaji kayu nipis.
  • Menggergaji bahagian lengkung pada bahan nipis.
  • Matanya dipasang menghala ke hulu

Monday, 8 December 2014

PROSES PENYAMBUNGAN


Proses-proses penyambungan yang terdapat dalam proses pembuatan iaitu proses penyambungan dengan haba melibatkan pateri dan kimpalan, penyambungan mekanikal dan penyambungan dengan perekat.

Proses penyambungan kekal dikategorikan iaitu :-

  1. Pematerian
  2. Meloyang
  3. Kimpalan (Kimpalan gas & Kimpalan arka)
Pematerian

  • Proses pematerian merupakan satu kaedah penyambungan yang boleh dilakukan dengan cepat dan mudah pada komponen-komponen yang diperbuat daripada keluli, tembaga dan loyang.
  • Melibatkan kaedah percantuman dalam kerja-kerja pendawaian


ALAT PEMATERI




PELETAK ALAT PEMATERI

Meloyang


  • Kaedah untuk mencantumkan logam dengan menggunakan haba.
  • Haba diperlukan untuk meleburkan logam penambah.
  • Logam penambah lebur pada takat 600 degree celsius.
  • Meloyang bertujuan untuk membuat penyambungan yang lebih kuat berbanding proses memateri.
  • Ia juga sesuai untuk logam penyambungan logam yang berlainan jenis seperti besi tuang dengan loyang dan juga tungsten karbida dengan keluli.


ROD PENAMBAH 


Kimpalan Arka

  • Satu proses menyambung kekal dua atau lebih logam.
  • Proses penyambungan dijalankan dengan mengalirkan arus elektrik daripada elektrod ke logam asas.
  • Tenaga elektrik ini ditukarkan kepada tenaga haba yang tinggi.
  • Haba yang tinggi ini akan meleburkan hujung elektrod dan bahagian logam asas yang hendak disambung.
  • Kedua-dua logam ini menjadi sebati lalu menghasilkan sambungan yang kuat.

Alatan kimpalan arka:-

  1. Mesin kimpal
  2. Elektrod
  3. Alatan keselamatan
  4. Alatan kebersihan
  5. Kabel kimpalan arka

MESIN KIMPALAN ARKA


PENYAMBUNGAN MESIN KIMPALAN PADA PLUG


ELEKTROD






ROHAIDA  BINTI HAMZAH DB130009
NORIZZATI BINTI AZIMI     DB130181

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
SEKSYEN 1
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL(PEMESINAN AM) DENGAN KEPUJIAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)